Friday, March 14, 2014

PENUBUHAN MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG

Majlis Belia Negeri Pahang telah ditubuhkan pada 10 Jun 1979 di mana satu mesyuarat penubuhan Majlis Belia Negeri Pahang telah diadakan bertempat di dewan kediaman rasmi YAB Menteri Besar Pahang, Jalan Teluk Sisek Kuantan pada jam 4.30 Petang. Di dalam mesyuarat tersebut, mesyuarat telah membincangkan mengenai pemilihan pengerusi dan setiausaha mesyuarat, mengambil persetujuan menubuhkan Majlis Belia Negeri Pahang yang baru, membincang dan menerima perlembagaan, melantik ahli-ahli jawatankuasa kerja bagi tahun 1979/1980 serta melantik dua orang juruaudit.

Hasil dari mesyuarat tersebut, satu surat permohonan untuk pendaftaran Majlis Belia Negeri Pahang telah dihantar ke pejabat pendaftar pertubuhan Malaysia pada 20 Jun 1979. segala prosedur dan borang-borang yang diperlukan telah dihantar ke pejabat pendaftar pertubuhan Malaysia. Satu surat akuan penerimaan permohonan untuk pendaftaran Malaysia juga telah diterima Majlis Belia Negeri Pahang menandakan surat permohonan pendaftaran Majlis Belia Negeri Pahang telah diterima.